
Pertamanya, tahniah atas kesungguhan KeSaS dalam menjayakan Kembara Ilmu Malaysia Timur 2009 dan berjaya didokumentasikan untuk tatapan kita semua. Tahniah dan syabas juga kepada Sidang Redaksi Evolusi Pesisir yang akan dirasmikan pada hari ini. Kita sentiasa mendoakan agar segala urusan dipermudahkan..insyaallah.
Hadirin sekalian, dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan daripada guru-guru pelatih dan juga kakitangan akademik serta staf sokongan kepada JPP. Segala aduan, cadangan serta pandangan yang diberikan kepada kami secara langsung atau tidak langsung mula menunjukkan kepercayaan dan keyakinan kepada barisan JPP kali ini.Kami akan cuba usahakan yang terbaik untuk member kemudahan dan kesenangan kepada semua pihak dengan sewajarnya.
Hadirin sekalian
Seperti yang kita sedia maklum, elaun guru-guru pelatih bagi semester ini sudah mula masuk mulai minggu lepas lagi .Di kesempatan ini, saya mewakili semua guru pelatih merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih khusus kepada tuan pengarah, tuan timbalan pengarah, pihak pengurusan IPG Kampus Kota Bharu serta staf yang telibat secara langsung dalam proses tersebut atas kecekapan dalam menguruskan urusan kemasukan elaun seperti masa yang telah dimaklumkan sebelum ini. Kepada rakan-rakan guru pelatih, bijaklah dalam berbelanja, uruskanlah duit tersebut dengan penuh rasa amanah, pandai-pandailah dalam membezakan antara keperluan diri dan kehendak peribadi. Kita mengharapkan agar peruntukan elaun yang diberikan dapat digunakan dengan sebaik mungkin.
Hadirin sekalian,
Kita kini sudah menghampiri penghujung bulan Januari. Di sini, saya ingin memaklumkan beberapa alternatif dan pendekatan yang telah dan akan diambil oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2009/2010 bagi memudahkan pelbagai urusan dan memantapkan penyampaian mesej yang lebih berkesan di IPG ini
1. Kami telah memperkenalkan Jabatan angkat bagi setiap biro yang terdapat dalam JPP. Tindakan ini diharapkan dapat membantu jabatan yang berkenaan sepanjang tempoh bertugas bulanan, sebarang aktiviti jabatan dan juga penyebaran maklumat kepada guru-guru pelatih
2. Menyelaraskan dan menstrukturkan semula dengan sedikit penambahbaikan dalam struktur organisasi pelajar dengan menjadikan JPP sebagai saluran bagi setiap aktiviti yang melibatkan guru pelatih.
3. Dalam proses memperbaiki sistem untuk program Radio IPG yang diberi nafas baru dengan menggunakan nama Aspirasi.fm
4. Memperkenalkan program “Aduan Guru Pelatih” pada setiap hari Ahad dan Selasa bertempat di Bilik Gerakan JPP, jam 3 - 4 petang. Program ini sebagai alternatif danmemberi peluang kepada semua guru pelatih untuk membuat aduan berkaitan sebarang permasalahan dan perbincangan berkaitan hal ehwal kebajikan secara terus dan bersemuka dengan exco JPP.
5. Mewujudkan blog JPP sebagai salah satu platform untuk memaklumkan sebarang maklumat dan juga laporan berkaitan aktiviti JPP dan aktiviti guru pelatih IPG . Bolehalh layari 1suara1aspirasi.blogspot.com.
6. Dalam usaha mengumpulkan dana bagi mengisi tabung kebajikan dan tabung aktiviti guru pelatih melalui kutipan dan juga jualan kepada guru-guru pelatih dan juga pensyarah-pensyarah.
Semuanya pasti akan dapat dilaksanakan dengan kesungguhan daripada barisan Exco JPP, komitmen yang ditunjukkan oleh pensyarah-pensyarah penasihat JPP dan pensyarah-pensyarah IPG dan kerjasama yang baik daripada rakan-rakan guru pelath amatlah diharapkan.
Guru Pelatih sekalian,
Sebelum mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, saya ingin mengingatkan kita semua agar selalulah merenung dan berfikir tujuan kita didaftarkan di IPG ini. Tidak lain dan tidak bukan adalah sebagai tempat untuk dilatih dan memperlengkan diri dengan sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman berguna berkaitan profesion perguruan untuk menjadikan kita seorang guru dan pendidik cemerlang kelak. Justeru, gunakanlah segala ruang dan peluang yang ada di sekeliling kita untuk memperkembang dan mempertingkat potensi diri. Peluang harus sentiasa dicari, diambil dan direbut. Bergerak aktiflah, Hidupkalah IPG.jangan mengambil sikap menunggu dan memerhati sahaja. Jangan biarkan masa yang kita lalui di IPG ini berlalu begitu sahaja, amatlah merugikan. Cuba jadikanlah diri kita sebagai aset berharga kepada IPG bukan sebaliknya, menjadikan diri sebagai liability, tanggungan kepada IPG iaitu menjadikan kita lebih kepada golongan berhaluan kiri kononnya yang hanya tahu mengkritik dan melihat kelemahan institusi semata-mata tanpa memberi apa-apa jua sumbangan , idea dan pandangan kepada IPG khususnya dan dalam menyelesaikan sebarang isu serta permasalahan umumnya. Berilah sumbangan kita berdasarkan kepada kemahiran dan kemampuan yang kita ada. Saya penuh yakin dan percaya setiap daripada kita miliki keistimewaan dan kelebihan masing..Gunakanlah dengan bijaksana.
Hadirin sekalian,
Saya tinggalkan kalian pada pagi ini dengan sedikit tips serta panduan yang dibekalkan oleh Hujjatul Islam, Imam Ghazali yang telah dibahaskan di dalam sebuah buku bertajuk Bengkel Rohani kepada kita dalam usaha untuk kita mendidik hati dan jiwa bersifat terpuji lantas mengikis sifat keji seperti sifat sombong dan angkuh yang mudah menyerap dalam diri kita.
1- Jika melihat kamu akan kanak-kanak… Anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka tidak banyak dosa erbanding kita.
2- Jika melihat kamu akan orang tua… Anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka telah lama beribadat berbanding kita
3- Jika melihat kamu akan orang alim, bijak pandai.. anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka telah banyak ilmu berbanding kita
4- Jika melihat kamu akan orang Jahil.. anggaplah mereka lebih mulia kerana mereka berbuat dosa dalam keadaan jahil sedangkan kita bebuat dosa dalam keadaan mengetahui
5- JIka melihat kamu akan orang jahat.. jangan anggap kita lebih mulia kerana mereka mungkin akan bertaubat dan beamal kebajikan sebelum ajal tiba
6- Jika melihat kamu akan orang kafir.. katakanlah dalam hati mudah-mudahan mereka mendapat inyah dan hidayah daripada Allah swt dalam mencari kebenaran hakiki kehidupan kini dan kehidupan selepas kematian kelak.
Sekian, wassalam.




0 comments:
Post a Comment