YDP bersama Dr Mohd Sharani selaku khalifah majlis tahlil.Tangal 4 januari yang lalu , pihak JPP dengan kerjasama Jabatan Agama Dan Moral telah melaksanakan majlis tahlil untuk ayahnda sahabat-sahabat kita yang telah pulang ke rahmatullah semasa cuti akhir tahun yang lalu. Semoga mereka dicucuri rahmat ALLAH S.W.T . Majlis ini mendapat sokongan yang padu daripada warga IPG dengan kehadiran ramai kawan kita dan Yang Berbahagia Tuan pengarah kita. Selesai sahaja Tahlil , pelajar solat magrib berjemaah dan diteruskan solat hajat tahun baru yang diimamkan oleh DR.Mohd Sharani. Semoga usaha murni kita semua ini mendapat berkat dari ALLH S.W.T dan memberi peringatan pada kita yang setiap makhluk akan merasakan mati, sementara kematian tersebut akan menjemput siapa saja dan di mana saja.





0 comments:
Post a Comment