I made this widget at MyFlashFetish.com.

Photobucket

Sunday, January 3, 2010

UCAPAN TAHUN BARU YDP



Pertama dan selama-lamanya marilah kita bersama-sama merafa’kan setinggi-tinggi lafaz syukur ke hadrat ilahi kerana dengan rahmat dan nikmat yang tidak terhitung banyaknya serta dengan keizinan-Nya,maka kita dapat dipertemukan dalam Majlis Perhimpunan pada pagi yang berbahagia ini..Sesungguhnya percaturan Allah SWT adalah yang terbaik.
Bagi pihak Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2009 / 2010 ingin mengucapkan ahlan wasahlan wa marhaban , welcome dan selamat datang kepada semua warga IPG Kampus Kota Bharu secara umumnya bagi memulakan suatu pelayaran baru bagi tahun 2010 ini.Sedar atau tidak, kita kini berada pada awal tahun Hijri iaitu Muharram dan juga awal tahun masihi iaitu Januari.. ini secara tidak langsung menggambarkan kepada kita bahawa setiap daripada kita kini turut bertambah setahun lagi umur masing-masing.
Perhitungkanlah diri dengan bekal yang telah kita sediakan dan persiapkanlah diri untuk menghadapi hari-hari mendatang yang pasti perlu kita tempuhi. Masa berlalu, tetap kan pergi, apa yang penting kita sentiasa mengambil pengajaran daripada setiap peristiwa yang telah kita lalui itu.Tempoh 43 hari bercuti baru-baru ini pasti terdapat pelbagai kenangan manis yang tidak terkira banyaknya. Ada kedengaran yang telah selamat diijakabulkan, ada yang melangsungkan majlis pertunangan, aktiviti rehlah dan riadah bersama keluarga, melancong dan sebagainya. Tahniah dan syabas diucapkan.Pada masa yang sama, tidak kurang juga yang menitiskan air mata menghadapi saat-saat duka. Ada antara rakan-rakan kita yang kehilangan insan yang disayangi. Kita mendoakan roh-roh mereka dicucuri rahmat dan diletakkan di sisi orang-orang yang soleh. Sehubungan itu juga, pada hari ini, dengan memohon keizinan daripada tuan pengarah untuk kita mengutip sedikit sumbangan untuk diserahkan kepada yang berkenaan.Tahun 2010 telah memulakan kalendarnya.. bersama-samalah cuba untuk melakar sesuatu yang indah. Kita berkehendakkan kehidupan di bumi IPG kampus Kota Bharu ini sebagai sebuah keluarga yang mana di dalamnya tersemai rasa kasih – mengasihi dan dipupuk dengan nilai hormat – menghormati.ringan – ringankanlah mulut untuk menyapa dan mengucapakan salam serta memberikan senyuman kepada sesiapa sahaja yang kita jumpa.Seperkara lagi adalah berkaitan dengan hak dan peranan.. setiap daripada kita punya hak dan peranan yang telah digariskan. saya penuh yakin dan percaya jika kita tidak mengganggu gugat hak orang lain dan kita memainkan peranan masing-masing dengan penuh komited , kita pasti akan peroleh yang terbaik dalam setiap gerak kerja kita. percayalah !!!!!Di kesempatan ini, saya ingin menyeru kepada semua rakan – rakan guru pelatih untuk menyuluh diri kita sedalam-dalamnya. Mengapa kita di sini ? tidak lain dan tidak bukan adalah untuk dilatih dan dibimbing aga menjadi insan pendidik kelak. Namun lahir sedikit rasa kebimbangan dan kerisauan seandainya ada antara kita yang memandang remeh hal ini. Watak dan perwatakan tidak langsung mencerminkan sebagai seorang bakal guru. Sedangkan kitalah yang menjadi kayu ukur kepada masyarakat di luar sana. Justeru, sepanjang tempoh pengajian di IPG ini, cubalah sedaya mungkin untuk menyediakan diri menjadi insan yang akan menjalankan amanah untuk memanusiakan manusia yang memerlukan kita di luar sana. Kita juga perlu menjadi asset kepada IPG dengan dengan memberikan khidmat dan sumbangan sekadar yag kita mampu bukannya menjadi liabiliti yang hanya tahu mengkritik dan menyusahkan orang lain sahaja. Bertindaklah secara matang sebagai seorang dewasa.Kepada pensyarah-pensyarah Saya mewakili rakan-rakan yang lain memohon ampun dan maaf atas segala tingkah laku kami yang kurang menyenangkan sepanjang tahun 2009. Sebagai orang muda, berjiwa remaja, terlalu banyak yang kami alpa dan leka. Pensyara-pensyarahlah sebagai ibu dan ayah kami di sini. Bimbinglah kami, pandulah kami,didiklah kami , ajarilah kami , sedarkanlah kami… kita jadikan tahun 2010 sebagai tahun yang mempunyai sejarahnya tersendiri di bumi IPG Kampus Kota Bharu ini.Hadirin yang dirahmati Allah sekalian.Sebelum mengakhiri ucapan saya pada hari ini, suka saya berkongsi satu hadis yang seringkali kita dengar sebagai renungan bersama.”Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima..iaitu..masa muda kamu sebelum datangnya tua, masa sihat kamu sebelum datangnya sakit, masa kaya kamu sebelum datangnya susah, masa lapang kamu sebelum datangnya sibuk dan masa hidup kamu sebelum datangnya ajal.Mudah-mudahan ianya sedikit sebanyak dapat dijadikan motivasi dan perangsang kepada kita semua untuk memanfaatkan masa , tenaga dan usia yang berbaki ini..

0 comments:

Post a Comment