I made this widget at MyFlashFetish.com.

Photobucket

Tuesday, February 1, 2011

Peralihan kuasa dan hala tuju blog

kepimpinan JPP ipg kampus kota bharu kini beralih tangan setelah pilihan raya belangsung dan majlis watikah .Dengan itu blog ini akan berfungsi sebagai blog alumni bagi bekas-bekas JPP 09/10. Sebarang pertanyaa tentang JPP 2011 boleh dirujuk pada HEP ipg kampus kota bharu..sekian

Friday, September 3, 2010

Selamat menyambut Aidilfitri

Sunday, August 1, 2010

Sambutan Hari Guru 2010

Setelah agak lama dan beberapa kali ditangguh oleh kerana beberapa masalah teknikal, akhirnya JPP berjaya menganjurkan Sambutan Hari Guru peringkat IPG KKB pada 1 Ogos 2010 dengan jayanya. Banyak acara diadakan seperti gimik pelancaran. pentomin Hari Guru, deklamasi sajak berbilang kaum dan tak lupa laungan suara Saudara Abdul Hafiz yang telah mendeklamasikan sajak ciptaan sendiri. Suasana dewan agak meriah memandangkan persembahan yang ditampilkan agak mantap dan menghiburkan. Selain itu, acara permaianan antara pensyarah dan guru pelatih juga diadakan pada waktu sebelah petang seperti Futsal, Bola Tampar, Bola Jaring dan banyak lagi. Pihak JPP mengucapkan ribuan terima kasih pada semua atas kesudian memeriahkan sambutan Hari Guru pada tahun ini.
Saudari Afifah menyerahkan hamper kepada Tuan Pengarah

Tuan Pengarah sedang memecahkan ais sebagai simbolik pelancaran


Saudara Jimmy memberikan simbolik kepada Sir Rahim

Bacaan puisi yang bersemangat daripada saudara Hafiz

Persembahan pentomin yang melucukan

aksi bola tampar

Perlawanan futsal antara pensyarah vs guru pelatih

Dr Ting sedang menservis bola ping pong

Saturday, July 3, 2010

Minggu Pendaftaran Pelajar Baru Sesi Jun 2010

Pada 28 Jun hingga 2 Julai 2010, pihak IPG Kampus Kota Bharu telah menerima hampir 300 orang pelajar baru yang terdiri daripada 14 kelas PPISMP dan 3 kelas KPLI. JPP telah dilantik sebagai pemudah cara dalam program ini termasuklah dalam menjadi runner ketika sesi taklimat, mengadakan sesi riadah, mengambil alih ketika waktu solat dan membantu para pensyarah ketika sesi Latihan Dalam Kumpulan.


Alhamduliah, sepanjang sesi minggu orientasi ini segala dapat dikerjakan dengan lancar dan sempurna. Terima kasih pada semua Ahli Jawantankuasa Perwakilan Pelajar dan para ahli biro yang telah membantu pihak HEP dalam mengendalikan Minggu Pengurusan Pelajar baru ini.Semoga Allah dapat membalas jasa kalian.Syukran Jazilan.


Sesi taklimat bersama KPLI


En Zarawi bersama peserta 


En Wan Ghazali memberikan arahan dalam kumpulan


Para peserta tersenyum gembira bersama kakak fasi



para peserta lelaki berkongsi impian menjadi guru

Thursday, July 1, 2010

Elaun Semester ini....

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua waraga guru pelatih IPG KKB, ingin dimaklumkan dis isni bahawa elaun anda sedang diproses dan paling cepat pengeluaranya adalah minggu hadapan , ini telah dinyatakan sendiri oleh Tuan Pengarah. Elaun kali ini akan dimasukkan dalam bentuk sebulan dahulu kerana peruntukan dari kerajaan belum tiba untuk sesi kedua tahun ini. Duit elaun sebulan yang akan diberikan ini adalah bersumberkan lebihan perbelanjaan IPG kita pada semester lepas iatu berjumlah Rm 600 ribu ringgit. Selebih baki elaun akan diberikan kemungkinan opada akhir bulan 7 atau awal bulan 8 .Harap semua dapat bersabar dan berjimat dengan elaun sebulan ini sementara menantikan elaun penuh kelak.Sekian,salam satu suara satu aspirasi

Sunday, June 27, 2010

Jelajah Bakti: Seiring Bersatu, Manfaat Bersama

Pada 23 Mei hingga 26 Mei, satu program Jelajah Bakti yang bertemakan 'Seiring Bersatu,Manfaat Bersama' telah diadakan di Kampung Tanjung Rambai, Grik,Perak dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah II. Program ini telah mendapat kerjasama daripada Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, Persatuan Belia Tanjung Rambai, JKKK Tanjung Rambai dan SMKSIS II.

Sepanjang kami berkampung selama 4 hari 3 malam di sini, terdapat banyak pengisian telah diadakan bertujuan melatih para peserta dalam memahami aspek kemasyarakatan amnya seperti gotong royong bersama penduduk kampung, Sesi LDK bersama pemimpin asrama SMKSI II, Kem Bistari Solat bersama penghuni asrama yang terdiri daripada orang Asli, persembahan kebudayaan, keluarga angkat dan banyak lagi. Para peserta juga seronok bersama keluarga angkat yang sangat mesra dan sangat mengalu-alukan kedatangan bakal guru ke rumah mereka. Kami disambut dengan gembira dan pastinya tidak melepaskan peluang merasakan juadah enak dari Perak khasnya. Khabarnya, ada seorang perserta itu sangat rindukan masakan ikan pekasam buatan ibunya yang sangat sedap dan menyelerakan.
Ternyata program ini banyak mengajar kami bahawa menjadi guru bukan sahaja berada di sekolah, tapi juga berada bersama masyarakat bagi memahamkan kepada mereka tentang pentingnya pendidikan zaman sekarang.

Pihak JPP merakamkan setinggi penghargaan kepada Ahli Parlimen Lenggong, Dato' Shamsul Anuar dan juga Adun Kenering, Dato' Tarmizi atas kesudian merasmikan majlis ini di samping memberikan sumbangan kewangan dalam menjayakan program yang julung-julung kali diadakan ini. Begitu juga Pengarah IPG KKB, En Hashim Deraman atas sokongan penuh kepada JPP serta tidak lupa En Wan Ghazali dan En Shukri yang setia mengiringi kami di sini.

Pihak urus setia mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama semua pihak dalam menjayakan program ini. Semoga dengan program ini akan menjadi satu titik mula dan perubahan dalam diri setiap insan agar kita dapat melakukan yang terbaik dalam apa jua yang kita usahakan. Agi hidup Agi Ngelaban!

                             Sesi Perasmian Pembukaan Program Jelajah Bakti oleh Adun Kenering
Sesi melawat ke Muzium Arkeologi Lenggong


                                      
Sesi LDK bersama pemimpin asrama SMK Sultan Idris Shah II


                                     

Sesi perlawanan futsal bersama Persatuan Belia Tanjung Rambai


                                      

Cabaran meraut lidi dalam Sukaneka dan Permainan Tradisional


                                    

Sesi mengecat mural dengan motif Banjaran Titiwangsa serta Air Terjun Lata Kekabu


                                      

Sesi perasmian penutup program oleh Ahli Parlimen Lenggong

Friday, June 18, 2010

Elaun Oh Elaun : Fakta Yang Patut kita fahami


Alhamdullilah , selesai sudah semester pertama untuk tahun 2010, tak lama lagi kita kan memasuki semester baru dengan pelbagai pengalaman baru setelah pulang cuti semester ini.Tak lewat lagi untuk mengucapkan selamat bercuti ,
Bermulanya nanti semester baru nanti maka akan keluarlah pertanyaan penting berkisar tentang elaun pembelajaran kita kerana peranan elaun ini amat-amat penting dalam menjalankan hidup sebagai seorang guru pelatih. Keperluan hidup seperti makan,bayaran rumah sewa , pembelian alat-alat pembelajaran,yuran-yuran pelbagai program semuanya dibiayai oleh elaun lebih-lebih lagi di zaman kegawatan ini.
 Semestinya nanti semua akan mendesak JPP supaya elaun tersebut diuruskan dengan cepat ,seolah-olah JPP yang memegang duit tersebut yang berjuta-juta. Diharap penjelasan selepas ini akan menerangkan sejelasnya akan carta alir pengurusan elaun .
Kadar kemasukan elaun bergantung kepada banyak faktor mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan:
1. Peruntukan kewangan IPG kita ini kebiasaanya diperuntukkan 2 kali setahun iatu pada awal dan pertengahan tahun. Peruntukan ini diuruskan oleh pembendaharaan negara ini.Kadangkala peruntukan ini masuk agak lewat menjadikan tiadanya peruntukan elaun untuk kita semua.
2.Setelah peruntukan masuk,maka tugas pentakbiran pelajar pun bermula untuk menguruskan nama-nama pelajar yang layak untuk elaun dan yang sebaliknya, senarai nama yang mencecah seribu lebih disemak berulangkali bagi memastikan tiada kesilapan.
3.Kuasa tarikh kemasukan elaun adalah bergantung di tangan Tuan Pengarah IPG masing-masing, setelah selesai urusan pentakbiran terpulang pada kebijaksanaan Tuan Pengarah untuk menentukan tarikh tersebut
4.Proses elaun melibatkan banyak pihak yang boleh dilringkaskan seperti ini HEP>KEWANGAN>PENGARAH>KEWANGAN>BSN>HEP
5. Kadang kala keadaan server offline di BSN menangguhkan proses kemasukan elaun yang mencecah jutaan ringit bagi kesuluruhan pelajar.
6.Bagi PISMP tarikh yang dijanjikan ialah 10 hari bekerja setiap bulan,maka kiralah berapa hari minggu yang terkecuali .
7. Peranan JPP selaku pembela pelajar juga perlu memainkan peranan penting, Biro Kebajikan dan keseluruhan JPP berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan elaun dimasukkan secepat yang mungkin. Exco JPP hampir setiap hari menemui pegawai yang terlibat bagi meminta dipercepatkan kadar kemasukan elaun,kerana kami juga pelajar seperti anda .Hasilnya elaun buku semester lepas dipercepatkan tarikh kemasukan awal dua bulan daripada tarikh yang ditentukan Tuan Pengarah IPG masing-masing.

Diharapkan penjelasan ini tidak lagi mengundang provokasi-provakasi liar berkaitan elaun, Selaku bakal pendidik ,kita haruslah meletakkan kewarasan akal sebagai pedoman utama,bersyukurlah kerana diberi biasiswa sepenjang pengajian kita untuk bergelar seorang pendidik. Akhir kata mulakan semester baru dengans enyuman dan uruskan elaun anda nanti dengan sebaiknya. Wassalamualaikum.

Thursday, May 13, 2010

Selamat Menghadapi. Peperiksaan!



Selamat Menghadapi. Peperiksaan! ~Bit taufiq wan najah fil imtihan~. Allah bersamamu! 
Semoga tenang dan bersedia tatkala melangkah masuk ke dalam dewan peperiksaan.
Jangan lupa:
  • slip pendaftaran peperiksaan
  • kad matrik
  • kad pengenalan diri
  • alat tulis
"Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah" - Lao Tze (Tokoh Falsafah China)

Sunday, May 9, 2010



6-8 Mei 2010-Program Titian Bakti Pulau Beluru telah menyaksikan 40 orang perserta termasuk urus setia memeriahkan acara ini yang julung-julung kalinya diadakan oleh pihak JPP. Pelbagai program diadakan seperti Jelajah Bakti di mana para peserta akan mengelingi Pulau Seratus dan Teluk Renjuna serta menamatkan 6 chekpoint dengan pelbagai cabaran yang berbeza. Para peserta juga diberikan keluarga angkat dengan bagi merapatkan lagi hubungan antara guru pelatih dengan masyarakat Pulau Beluru. Harapan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar adalah program ini dapat membina jati diri yang unggul dalam diri pelajar selaras dengan hasrat kerajaan. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program ini terutama Pengerusi JKKK, Abe Lie dan juga pihak sekolah SK Pulau Beluru. Syabas!

Tuesday, April 20, 2010

Edu-Trip Sarawak

Programme : Edu - Trip Sarawak
Participants : B.Ed TESL MARJON Cohort 2
Date : 29 March-5 April 2010
Places visited: IPG Tun Abdul Razak, IPG Batu Lintang, S.K Dato' Traoh, S.M.K. Kota Samarahan, Sarawak Pottery, Sarawak Museum, Sarawak Islamic Museum, Sarawak Cultural Village, Kuching Waterfront, Cat Museum, Semenggoh Wildlife Rehabilitation Centre, and Jong Crocodile Farm.

This project involved 27 students and two accompanied lecturers from Language Department. The delegation was lead by Marjon 2's tutor, Miss Yusmiza Hanim Bt Yusuf. It was postponed several times due to problems that had cropped up such as transportation and financial problems. However, it finally succeeded because of continuous effort and prayer from all parties.

Unfortunately, the problems did not stop there. On the departure day, more than half of the participants suffered from heavy fever and cough. Luckily the precaution step that had been taken earlier which was to prepare emergency cash helped a lot. Other than the R & Rs, the other pit stops were the clinic and Bentong Hospital.

Here are some bits of the visits.

 
Departure

 
Reflection

 
Students got the chance to try

 
Cat Museum

Saturday, April 17, 2010

Program Cakna Kepimpinan Fasa 2

                                            
                        

                                            
                                                                                            
15-17 April 2010 - Biro Disiplin telah mengadakan program Cakna Kepimpinan Fasa 2 kepada Ketua dan Penolong Kumpulan bertempat di Kem Tok Selehong Tumpat. Banyak aktiviti berunsurkan Team Building telah diadakan bertujuan memupuk nilai-nilai kepimpinan dalam diri guru pelatih. Jawatankuasa Perwakilan Pelajar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua urus setia dan peserta kerana telah menjayakan program ini. Semoga program ini menjadi titik perubahan dalam diri masing-masing. Insyallah!.

Kursus Asas Multimedia Pendidikan : Photoshop dan Video editing

Tuesday, April 13, 2010

Elaun Alat Tulis / buku

Ini merupakan satu berita yang paling ditunggu-tunggu oleh semua pelajar . iatu elaun buku atau alat tulis yang masih belum diberi kepada semua pelajar IPG kampus Kota Bharu . Dirasakan kini ramai-antara kita yang mengalami masalah kewangan kerana elaun semester telah menghambiri ke angka kontang dan amat ternati-nanti akan kemasukan elaun tersebut ke dalam akaun kita. Pada hemat pengarah pada awalnya sebagai pengerusi esekutif yang bertanggungjawab memutuskan tarikh kemasukan elaun alat tulis adalah pada awal bulan julai . Keputusan ini amat memgusarkan para pelajar namun Yang Dipertua JPP telah mengambil langkah untuk bertemu dengan tuan pengarah bagi mencadangkan kepada pengarah supaya elaun buku dapat dimasukkan pada tarikh seawal yang mungkin , Tuan Pengarah mengatakan bahawa duit elaun buku tersebut hanya boleh digunakan untuk membeli alat-alat abm dan buku bukannya digunakan untuk menyara kehidupan seharian dan sengaja Tuan Pengarah yang dihormati untuk merancang memasukkan elaun pada bulan julai kerana beliau memikirkan pada masa itu ramai pelajar yang terdesak kewangan . Namun Setelah di berikan penjelasan daripada YDP Huzaimi akan situasi kewangan pelajar sekarang, Tuan Pengarah memutuskan yang elaun buku akan diberikan pada pertengahan bulan Mei, diharapkan semua dapat bersabar dan berusaha menguruskan kewangan baik. Ini adalah usaha yang termampu oleh kami untuk meringankan beban kalian. Salam 1 suara 1 aspirasi

Sunday, April 11, 2010

Malam Sehati Sejiwa Persatuan Intelektual Mu'allim

11 April 2010 - Persatuan Intelektual Mu'allim telah mengadakan malam Sehati sejiwa yang dihadiri hampir 100 orang ahli PIM , Majlis ini diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim anatara ahli ukhwah PIM bagi meneruskan perjuangan dakwah , Pensyarah penasihat PIM turut hadir iatu Umi Norma dan Ustaz Amir Hamzah bagi memberi sokongan yang jitu kepada PIM . Teruskan jihad !!

Perhimpunan Rasmi IPG 11 April 2010

Pada 11 April 2010 perhimpunan rasmi yang dianjurkan olej Jabatan Kajian sosial kali ini mencatatkan kelainan kerana diadakan di Dewan Pusat Sumber pendidikan Negeri Kelantan yang terletak tidak jauh daripada IPG kita ini. Perhimpunan kali ini mengfokuskan kepada tema hubungan etnik sesama kaum di Malaysia, Nyanyian koir dan ikrar rukun negara menjadi pembuka majlis yang indah ini , kemudian diteruskan oleh Ucapan Tuan pengarah IPG kita , Encik Hasyim Bin Deraman , disusuli oleh ceramah 1 Malaysia oleh penceramah jemputan daripada UITM Kelantan . Ceramah yang diakhiri dengan sesi soal menjawab mendapat sambutan soalan-soalan hangat daripada para pelajar untuk mendapatkan pemahaman yang sepenuhnya akan konsep 1Malaysia . Para pelajar PISMP semester tiga selepas perhimpunan dikehendaki meneruskan seminar 1Malaysia bagi memenuhi sukatan subjek Hubungan Etnik .

Sunday, April 4, 2010

Seuntai rasa YDP dalam Suara Aspirasi edisi 4

Kita telah bersama melepasi suku tahun pertama 2010 dengan jayanya. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa terdapat pelbagai isu dan kesulitan yang terpaksa kita hadapi dengan bijaksana dan berhati-hati. JPP sebagai insan biasa pasti tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Ampun dan maaf dipinta jika kesalahan itu berpunca daripada kelemahan pihak kami dan kami sentiasa berlapang dada memaafkan sesiapa sahaja andai ada melakukan kesilapan terhadap kami. Kami sentiasa berusaha memberi khidmat yang terbaik dan bersedia membaiki kesilapan serta menerima sebarang teguran dalam usaha untuk membina jati diri yang terbaik sebagai individu yang telah diamanahkan sebagai pemimpin pelajar di IPG.

.Warga Pendidik sekalian

Saya melahirkan sedikit rasa kebimbangan jika ada antara kita yang menjadi seolah-olah ‘gunting dalam lipatan’ atau ‘musuh di dalam selimut’ yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menjatuhkan sesama sendiri. Kita sebagai satu keluarga di bumi IPG tercinta seharusnya saling menyokong dan sentiasa memberikan bantuan yang diperlukan oleh orang di sekeliling.

Janganlah kita terlalu memikirkan kepentingan peribadi sehingga terlupa tanggungjawab kita kepada orang lain yang memerlukan khidmat dan kemahiran yang kita miliki. Ayuh warga pendidik sekalian, kita bangun sahut cabaran.. jangan meletakkan diri kita di zon selesa, sebaliknya sentiasalah berusaha mencari bekal  ilmu dan pengalaman secukupnya  yang tidak dapat dijual beli melainkan perlu dilalui dan dirasi sendiri.
Akhir kalam, semoga bumi IPG terus subur sebagai suatu tempat yang produktif dalam melahirkan insan – insan yang memiliki kesedaran tentang fungsi dan peranan pendidik iaitu sebagai jurutera manusia dalam usaha memanusiakan manusia. Ingatlah, bahawa besar amanah yang bakal dipikul kelak. Generasi unggul yang diimpikan pada masa hadapan adalah terletak di bahu pendidik.

Sunday, March 28, 2010

Persembahan Kebudayaan Oleh Jabatan Pendidikan Khas dengan kerjasama Biro penginapan


28 March 2010 -Satu perhimpunan kesenian dan kebudayaan telah dianjurakan olej Jabatan Pendidikan Khas dengan kerjasama Biro Penginapan JPP , persembahan tersebut telah dijayakan oleh pelajar-pelajar yang bernaung di bawah Jabatan Pendidikan Khas . Persiapan persembahan ini telah giat dijalankan seminggu sebelum ia berlangsung . Antara persembahan yang ditonjolkan ialah persembahan tarian sabah dan serawak. pidato perguruan , Koir dengan mengunakan bahasa isyarat yang begitu unik dan menarik untuk ditonton . Perhimpunan ini juga digunakan untuk memberi penghargaan kepada Pensyarah senior yang telah lama berkhidmat dengan IPG kampus Kota Bharu ini dan pernah menerajui majlis penasihat JPP  . Beliau yang saya maksudkan ialah Tuan Haji Yaakob , beliau akan berpindah ke IPG lain untuk meneruskan perkhidmatan sebagai pensyarah kanan . JPP mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada beliau dan semoga berjumpa lagi kelak , jasa dan budi tuan kan kami kenang selamnya .