I made this widget at MyFlashFetish.com.

Photobucket

Friday, January 29, 2010

Seminar Perjuangan Sultan Mehmet Al-Fatih



29 JANUARI 2010 : Satu seminar Perjuangan Sultan Muhammad Al-Fatih telah dianjurkan dengan kerjasama oleh Grup Penjejak Tamadun Dunia : Grup Generasi Al-fatih dengan kerjasama Biro Pendidikan Publisti dan Perhubungan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar JPP . Seminar ini melibatkan barisan kepimpinan JPP, KESAS,P.I.M dan ketua kumpulan bagi meniupkan semangat perjuangan kepimpinan Islam ke dalam diri peserta . Bro Afzan selaku Ketua GPTD-Al-Fatih merupakan penceramah dalam majlis ini.

Banyak Ilmu dan manfaat yang telah didapati dalam majlis ini yang perlu diamilisasikan dalam diri setiap pelajar muslim . Para peserta juga menunjukkan semangat dengan memberi tumpuan sepenuhnya hasil kecanggihan persembhan multimedia yang disediakan oleh Bro Afzan yang menyampaikan ilmu tentang sirah al-fatih dengan penuh berkesan . Semoga akan ada lagi pertemuan dan perkongsian ilmu dengan GPTD kelak. Bagi Yang beminat untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang GPTD boleh lah melayari GPTD.BLOGSPOT.com ataupun gptd-alfatih.blogspot.com

Liga SUKAN IPG BERMULA !!!!


Setelah Setahun menyepi  liga sukan IPG Kampus Kota Bharu kembali lagi di bawah Kelolaan Biro sukan dan Rekreasi JPP  akan  berlangsung dari Januari hingga April. Antara acara yang dipertandingkan ialah  Ping-pong,bola tampar,bola sepak, bola jarring, bola tampar dan sepak takraw.  Sebarang maklumat boleh didapati  di papan maklumat terdekat.

ACARA LIGA SUKAN YANG BERLANGSUNG PADA JANUARI-FEBRUARI

BOLA TAMPAR    -   27 - 29 JANUARI 2010
PING PONG           -     7 - 10 FEBRUARI 2010
SEPAK TAKRAW  -     1-  4  FEBRUARI 2010
BOLA KERANJANG  1-  4  FEBRUARI 2010



PELANCARAN PROJEK PESISIR 2010



Barisan Sidang Redaksi Pesisir 2010



Kelihatan Pensyarah penasihat PESISIR En Aminuddin sedang meneliti replika PESISIR



Upacara Perasmian oleh Tuan Pengarah

PESISIR  ? itulah pertanyaan yang ditanyakan oleh sahabat-sahabat sekalian apabila kita merancang untuk menerbitkan kembali Majalah Tahunan IPG kita ini yang hampir sepuluh tahun tidak diterbitkan . Biro Pendidikan,publisiti dan perhubungan mengambil cabaran daripada Timbalan Pengarah untuk mewujudkan kembali PESISIR sebagai wadah aktiviti tahunan para guru pelatih melaui medium yang lebih bersistematik untuk para warga IPG kita ini . Semoga rakan-rakan dapat memberi kerjasama yang sewajarnya kepada sidang redaksi dalam memastikan penerbitan Majalah ini berjalan lancar  serta nantikan kemunculannya pada bulan ogos nanti. INSYAALLAH



UCAPAN YDP PADA PERHIMPUNAN JPP


Pertamanya, tahniah atas kesungguhan KeSaS dalam menjayakan Kembara Ilmu Malaysia Timur 2009 dan berjaya didokumentasikan untuk tatapan kita semua. Tahniah dan syabas juga kepada Sidang Redaksi Evolusi Pesisir yang akan dirasmikan pada hari ini. Kita sentiasa mendoakan agar segala urusan dipermudahkan..insyaallah.
Hadirin sekalian, dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan daripada guru-guru pelatih dan juga kakitangan akademik serta staf sokongan kepada JPP. Segala aduan, cadangan serta pandangan yang diberikan kepada kami secara langsung atau tidak langsung mula menunjukkan kepercayaan dan keyakinan kepada barisan JPP kali ini.Kami akan cuba usahakan yang terbaik untuk member kemudahan dan kesenangan kepada semua pihak dengan sewajarnya.

Perhimpunan JPP yang pertama untuk 2010



24 Januari 2010 : Perhimpunan JPP akan diadakan setiap minggu terakhir di dalam bulan tersebut. Perhimpunan kali ini diadakan di dataran pejabat dan susunan pelajar pada minggu ini agak padat dimana tingkat dua turut digunakan untuk memuatkan semua pelajar. Sabarlah sahabat semua , Insyallah sementara menunggu Dewan Wawasan Siap diubahsuai.Kerana kita perlu cekap beramilasi dengan sesuatu keadaan bagi menjadikan kita guru yang cekap dan efektif. Majlis perhimpunan JPP kali ini begitu padat dengan ucapan dan pengisian yang berguna sebagai informasi kita di kampus ini.

Wednesday, January 20, 2010

Malam Tautan Amanah KESAS


Upacara Penyerahan yang penuh bermakna


Barisan kepimpinan baru KeSAS



Selamat menjalankan amanah yang diberikan


13 Januari 2010 : KESAS bagi IPG Kampus Kota Bharu merupakan satu institusi persatuan pelajar yang begitu aktif dan cemerlang menyediakan modul aktiviti untuk melatih sebagai fasilitator dan pemimpin serta mempunyai jaringan perhubungan dengan banyak sekolah dan persatuan-persatuan belia di dalam atau luar negeri. Majlis Tautan Amanah diadakan sebagai simbolik penyerahan kepimpinan kepada kepimpinan Kesas yang baru yang sekarang dipengerusikan oleh Saudara Nazrin Faiz. Teruskan kecemerlangan KESAS sebgai kesinambungan kepimpinan yang lalu dan tahniah kepda rombongan KESAS di atas Kembara Ilmu Ke Malaysia Timur Disember 2009 yang lalu.

Tuesday, January 19, 2010

JPP DI UDARA KELANTANFM LAGI..





17 Januari 2010 - Sekali lagi JPP telah dijemput untuk menjadi tetamu program kampus kita yang disiarkam melalui 97.3 Kelantan FM. Kali ini JPP diwakili oleh Saudara zulhimi dan hafiz selaku Bendahari agung kehormat dan Pengerusi Biro Pendidikan,Publisiti dan Perhubungan . Semoga IPG kita terus dijemput untuk menjadi tetamu program ini di masa akan datang.

Selamat Datang Kepada KPLI ambilan Januari 2010





Sekalung tahniah kerana berjaya menjadi salah seorang calon yang berjaya menempatkan diri daripada keseluruhan 60 ribu pemohon. Hanya satu kelas KPLI yang ditempatkan di kampus kita iatu KPLI Pengajian Agama ISlam yang terdiri daripada 23 orang, semoga segala ilmu yang ada pada KPLI dapat dikongsi bersama kita semua.Berikut adalah sekitar hari pertama minggu pengurusan dan pendaftaran pelajar baru.

Terima Kasih !!! 135 orang penderma darah !


13 Januari 2010 - Program derma darah perdana telah berjaya diadakan,bertempat di dataran pejabat telah berjaya menarik 135 orang guru pelatih dan pensyarah untuk menderma darah masing-masing. Terdapat juga khidmat pemriksaan kesihatan percuma yang disediakan oleh pihak hospital dan mendapat sambutan hangat daripada para pensyarah untuk memeriksa tekanan darah dan tahap kesihatan. Terima kasih kepada semua penderma dan kepada yang lain... takkan takut jarum kot ? Jom derma darah !InsyaALLAH acara ini akan diadakan 3 bulan sekali. Tahniah kepada Biro penginapan dan pesegaran yang menguruskan acara derma darah ini.

Rakan Masjid Kini Persatuan Intelektual Muallim!





12 Januari 2010 - Tahniah kepada Warga Persatuan Intelektual Muallim yang dahulunya dikenali sebagai Rakan Masjid kerana berjaya melaksanakan majlis penyerahan kuasa yang cukup simbolik dan tertib. Rombakan struktur yang tersusun dan sistematik akan membolehkan P.I.M terus mengorak langkah maju menuju matlamat sebagai nadi tarbiah pelajar. InsyaALLAH

PERJUMPAAN TIMBALAN PENGARAH BERSAMA AHLI EXCO JPP


11 januari 2010- Pertemuan Timbalan Pengarah bersama ahli Exco JPP telah diadakan di bilik Gerakan . Pertemuan ini bertujuan untuk Timbalan pengarah memberi amanat kepada ahli exco JPP selaku komponen penting dalam menjayakan JPP sesi 2009/2010 . Pendedahan isu semasa kampus kita turut menjadi elemen dalam amanat Timbalan Pengarah supaya ahli Exco mempunyai gambaran serba sedikit dan berpendirian positif dalam menghadapi isu-isu tersebut . Majlis ini turut dihadiri oleh hampir semua ahli Majlis Penasihat JPP yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah berpengalaman yang sanggup meluangkan masa untuk bersama dalam majlis ini . Sesi ahli exco bersama pensyarah penasihat turut diadakan bagi berkenalan dan muzakarah dalam menlaksanakan program biro di masa akan datang. Semoga ukhwah yang terbina menjadi entiti semangat yang akan mengemilangkan kampus kita . Amin

Monday, January 18, 2010

Majlis Maal Hijrah 1431





Pada 10 januari yang lalu bertempat di dataran pejabat , Pihak JPP dan Jabatan Pendidikan Islam dan moral telah mengadakan majlis sambutan Maal Hijrah 1431. Majlis dimulakan dengan Penyampaian hadiah kepada saudara YDP kerana telah mendapat tempat kedua pertandingan Tafsir Al-quran pada peringkat kebangsaan 2009 . Sekalung Tahniah kepada beliau,selepas itu Tuan Timbalan pengarah telah menyampaikan ucapan yang mengandungi pelbagai kata-kata hikmah yang menarik untuk dikongsi . Sesi ceramah pula dikemudikan oleh Ustaz Mustafa daripada Jabatan Pendidikan Islam dan Moral bagi menyampaikan ilmu-ilmu dan pedoman untuk menghadapai tahun baru ini dengan harapan semoga tahun ini akan baik daripda tahun sebelumya INSYAALLAH.

Gotong-Royong Perdana 2010





9 Januari 2010- Semester ini kita bertuah kerana mempunyai kelas masing-masing ,tidak seperti semester lepas di mana IPG kita kekurangan kelas dan mengamalkan sistem floating . Sehubungan itu pihak pentakbiran melaksanakan gotong royong perdana untuk mengemaskan kelas masing-masing dan jabatan-jabatan. Gotong Royong ini dimulakan dengan ucapan YDP dan Tuan pengarah diikuti dengan sesi warming up yang diketuai oleh En.Wan Zamri dan diteruskan dengan sisi gotong royong di kelas masing-masing selama dua jam dan beralih ke jabatan-jabatan 2 jam berikutnya.Tahniah kepada semua kerana menceriakan panaroma IPG kita yang disyangi ini.

Minggu PEngurusan Pelajar PISMP SEM 1.





Tahniah kerana berjaya menamatkan kursus persediaan dengan cemerlang kepada semua PISMP AMBILAN JANUARI 2010 . Semoga kalian akan terus berusaha dengan gigih mencari ilmu untuk menjadi murabb pendidik jiwa anak bangsa yang berjaya dan bergaya kelak. Gambar diatas adalah sekitar sesi Riadah bersama JPP

Tahlil Dan Solat Hajat Tahun Baru 2010

Tuan Pengarah turut bersama dalam majlis ini
YDP bersama Dr Mohd Sharani selaku khalifah majlis tahlil.

Tangal 4 januari yang lalu , pihak JPP dengan kerjasama Jabatan Agama Dan Moral telah melaksanakan majlis tahlil untuk ayahnda sahabat-sahabat kita yang telah pulang ke rahmatullah semasa cuti akhir tahun yang lalu. Semoga mereka dicucuri rahmat ALLAH S.W.T . Majlis ini mendapat sokongan yang padu daripada warga IPG dengan kehadiran ramai kawan kita dan Yang Berbahagia Tuan pengarah kita. Selesai sahaja Tahlil , pelajar solat magrib berjemaah dan diteruskan solat hajat tahun baru yang diimamkan oleh DR.Mohd Sharani. Semoga usaha murni kita semua ini mendapat berkat dari ALLH S.W.T dan memberi peringatan pada kita yang setiap makhluk akan merasakan mati, sementara kematian tersebut akan menjemput siapa saja dan di mana saja.

Sunday, January 10, 2010

ADA BERANI??? JOM DERMA DARAH !!!


ACARA DERMA DARAH AKAN DIADAKAN PADA:

RABU : 14 JANUARI 2010

PENGUMUMAN : PERJUMPAAN SEMUA AHLI BIRO JPP 2010


Perhatian kepada semua ahli Biro JPP ,satu perjumpaan akan diadakan di:

BILIK GERAKAN IPG KKB
PADA 12 JANUARI 2010
JAM 9.00 MALAM




Tuesday, January 5, 2010

PENGUMUMAN !!!!!


KHAMIS 7 JANUARI 2010

-SOLAT HAJAT PERDANA -

-WAJIB PADA SEMUA STAF DAN GURU PELATIH-
-PUKUL 8 PAGI BERTEMPAT DI MASJID AS-SOLIHIN-

SABTU 9 JANUARI 2010

- GOTONG ROYONG PERDANA-
-MENGIKUT WAKTU KULIAH -
- SEMUA GURU PELATIH DIWAJIBKAN HADIR-


AHAD 10 JANUARI 2010

-PERHIMPUNAN PAGI DAN CERAMAH MAAL HIJRAH-
- Bertempat di OPEN SPACE( DATARAN HEP )-




YDP DAN NYDP DI KAMPUS KITA KELANTAN FM





Pada 3 Januari yang lalu , JPP IPGM KKB telah dijemput ke KELANTAN FM untuk menjadi tetamu rancangan KAMPUS KITA yang dikendalikan oleh DJ Azura . Saudara YDP Huzaimi dan Azizi telah menjadi wakil JPP untuk ditemubual . Pelbagai pendedahan dan maklumat tentang IPGM kampus kota Bharu telah disuarakan oleh YDP di dalam rancangan tersebut. Tahniah kepada Beliau dan semoga jemputan ini kan menjadi titik tolak kepada jpp untuk mengadakan program tv bicara siswa di IPGM kampus kota Bharu sendiri menjadi kenyataan.