Kita telah bersama melepasi suku tahun pertama 2010 dengan jayanya. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa terdapat pelbagai isu dan kesulitan yang terpaksa kita hadapi dengan bijaksana dan berhati-hati. JPP sebagai insan biasa pasti tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Ampun dan maaf dipinta jika kesalahan itu berpunca daripada kelemahan pihak kami dan kami sentiasa berlapang dada memaafkan sesiapa sahaja andai ada melakukan kesilapan terhadap kami. Kami sentiasa berusaha memberi khidmat yang terbaik dan bersedia membaiki kesilapan serta menerima sebarang teguran dalam usaha untuk membina jati diri yang terbaik sebagai individu yang telah diamanahkan sebagai pemimpin pelajar di IPG.
.Warga Pendidik sekalian
Saya melahirkan sedikit rasa kebimbangan jika ada antara kita yang menjadi seolah-olah ‘gunting dalam lipatan’ atau ‘musuh di dalam selimut’ yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menjatuhkan sesama sendiri. Kita sebagai satu keluarga di bumi IPG tercinta seharusnya saling menyokong dan sentiasa memberikan bantuan yang diperlukan oleh orang di sekeliling.
Janganlah kita terlalu memikirkan kepentingan peribadi sehingga terlupa tanggungjawab kita kepada orang lain yang memerlukan khidmat dan kemahiran yang kita miliki. Ayuh warga pendidik sekalian, kita bangun sahut cabaran.. jangan meletakkan diri kita di zon selesa, sebaliknya sentiasalah berusaha mencari bekal ilmu dan pengalaman secukupnya yang tidak dapat dijual beli melainkan perlu dilalui dan dirasi sendiri.
Akhir kalam, semoga bumi IPG terus subur sebagai suatu tempat yang produktif dalam melahirkan insan – insan yang memiliki kesedaran tentang fungsi dan peranan pendidik iaitu sebagai jurutera manusia dalam usaha memanusiakan manusia. Ingatlah, bahawa besar amanah yang bakal dipikul kelak. Generasi unggul yang diimpikan pada masa hadapan adalah terletak di bahu pendidik.
Sunday, April 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





0 comments:
Post a Comment