Wednesday, February 17, 2010
alunan dikir bergema kembali.....(pusingan kelayakan)
23 Februari 2010 - Seingat saya hampir 2 tahun irama dikir barat tidak berkumandang di kampus ipg kita ini. . Namun , atas inisiatif JPP dan Jabatan matematik satu pertandingan dikir barat antara jabatan telah diadakan. Sambutan yang diterima amat mengalakkan dengan penyertaan setiap jabatan dengan menghantar pasukan dikir barat terhebat daripada jabatan mereka. Kehadiran di tapak pertandingan pula amat mengejutkan dengan barisan penyokong yang ramai daripada pelajar dalam dan luar asrama . Tiga pasukan telah layak untuk memasuki pusingan terakhir pada 28 februari nanti . Terima kasih kepada semua kerana terlibat dalam pertandingan ini serta menghidupkan kembali warisan kebudayaan ini .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




0 comments:
Post a Comment