I made this widget at MyFlashFetish.com.

Photobucket

Monday, February 8, 2010

Majlis Pelancaran Karnival 1 Malaysia dan Kempen Membaca

 

  
  
  
  
  
  
  
  
 
7 Februari 2010 : Majlis pelancaran Karnival 1 Malaysia telah diadakan secara penuh warna warni persembahan oleh PISMP pendidikan Muzik yang berjaya menyampaikan persembahan yang cukup berjaya dengan sokongan daripada opsyen BM muzik serta Pendidikan Khas. Tarian Cina , tarian kuda kepang , tarian kipas , joget bollywood , dan tarian sumazau berjaya mengamatkan sidang penonton yang nyata terhibur dengan acara ini . Muzik tradisional yang dimainkan secara live menjadi halwa telinga yang cukup indah mengiringi tarian 1 malaysia yang penuh berbudaya ini.  Terdapat juga pameran permainan tradisional , dan hasil seni ,pakaian yang mencakupi konteks 1 Malaysia . Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini dengan penuh gemilang . serentak dengan pelancaran Karnival 1 Malaysia,perasmian kempen membaca turut diadakan , Pelbagai aktiviti dan pertandingan akan diadakan sempena bulan membaca ini seperti pertandingan mereka bentuk laman web , menulis puisi , dan banyak lagi . Sebarang maklumat lanjut boleh didapatkan melalui ruang informasi JPP

0 comments:

Post a Comment