Sunday, February 28, 2010
Grand Finale Battle of Dikir Barat 2010
Tahniah kepada pasukan Jabatan Pendidikan Jasmani kerana menjuarai pertandingan dikir barat , persembhan kalian memang mantap , begitu juga dengan pasukan pengajian melayu yang mendapat tempat kedua serta pasukan jabatan matematik sebagai penyandang tempat ketiga . Pertandingan yang meriah dan mendapat sambutan yang mengalakkan oleh semua pelajar dan pensyarah . tahniah kepada Biro kebajikan dan jabatan Matematik kerana berjaya menganjurkan pertandingan ini dengan gemilang.
Thursday, February 25, 2010
Majlis Sambutan Hari lahir Exco JPP
25 februari 2010 - Majlis Kesyukuran Hari lahir JPP telah diadakan yang turut disertai oleh Yang berbahagia Tuan pengarah . Acara yang bermula sejak petang hari lagi dengan sukaneka dan persiapan memasak barbeque . Kemudian diadakan secara ringkas acara mengalunkan selawat , ucapan daripada pensyarah penasihat, Tuan pengarah dan tayangan video Hari lahir . Seterusnya upacara bertukar hadiah diadakan untuk para JPP yang menyambut krlahiran pada bulan januari,februari dan mac. Semoga Ikatan ukhwah kita kan kekal untuk berjuang di bawah naungan 1 suara 1 aspirasi
Wednesday, February 17, 2010
alunan dikir bergema kembali.....(pusingan kelayakan)
23 Februari 2010 - Seingat saya hampir 2 tahun irama dikir barat tidak berkumandang di kampus ipg kita ini. . Namun , atas inisiatif JPP dan Jabatan matematik satu pertandingan dikir barat antara jabatan telah diadakan. Sambutan yang diterima amat mengalakkan dengan penyertaan setiap jabatan dengan menghantar pasukan dikir barat terhebat daripada jabatan mereka. Kehadiran di tapak pertandingan pula amat mengejutkan dengan barisan penyokong yang ramai daripada pelajar dalam dan luar asrama . Tiga pasukan telah layak untuk memasuki pusingan terakhir pada 28 februari nanti . Terima kasih kepada semua kerana terlibat dalam pertandingan ini serta menghidupkan kembali warisan kebudayaan ini .
Sunday, February 14, 2010
Sekitar Liga Sukan IPG Kampus Kota Bharu - Edisi Sepak Takraw dan Ping pong
7 FEBRUARI 2010: Selepas beberapa minggu Liga Sukan IPG KKB dirasmikan, banyak acara yang telah selesai dipertandingkan termasuklah sepak takraw dan ping pong. Sekalung tahniah buat para pemenang dan terima kasih kerana telah memeriahkan liga sukan di IPG kita. Berikut adalah pemenang-pemenang bagi acara-acara yang telah dipertandingkan:
Sepak takraw
Johan: PJ 1
N.Johan: Takro Mung
Ketiga: Orang kita
Ping pong
Acara: Perempuan, Single
Johan: Tan Yi Ru
N.Johan: Atiqah Zulkifli
Ketiga: Sharifah Azreen Syed Mahmud
Acara: Perempuan, Double
Johan: Tan Yi Ru dan Min Chui
N.Johan: Norashikin Ibrahim dan pasangan
Ketiga: Rowena Ayub dan Rosenani Yusuf
Acara: Lelaki, Single
Johan: Mohd Hafiz Marzuki
N.Johan: Mohd Hisaamudin Sa'adon
Ketiga: Alif Omar
*bagi acara beregu lelaki, peringkat semi final dan final akan diadakan pada 22 Februari 2010 jam 9.00 malam. Diharap para peserta dapat menepati masa dan kod etika pakaian ketika pertandingan.
Sepak takraw
Johan: PJ 1
N.Johan: Takro Mung
Ketiga: Orang kita
Ping pong
Acara: Perempuan, Single
Johan: Tan Yi Ru
N.Johan: Atiqah Zulkifli
Ketiga: Sharifah Azreen Syed Mahmud
Acara: Perempuan, Double
Johan: Tan Yi Ru dan Min Chui
N.Johan: Norashikin Ibrahim dan pasangan
Ketiga: Rowena Ayub dan Rosenani Yusuf
Acara: Lelaki, Single
Johan: Mohd Hafiz Marzuki
N.Johan: Mohd Hisaamudin Sa'adon
Ketiga: Alif Omar
*bagi acara beregu lelaki, peringkat semi final dan final akan diadakan pada 22 Februari 2010 jam 9.00 malam. Diharap para peserta dapat menepati masa dan kod etika pakaian ketika pertandingan.
Monday, February 8, 2010
Kalam Pendeta Timur DBP 2010
7 Februari 2010 : Satu perkongsian ilmu telah diadakan yang bertajuk Kalam Pendeta timur yang disampaikan oleh Pensyarah Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Teo Kok Seong.Beliau merupakan tokoh bahasa melayu yang terkenal walaupun tidak berbangsa Melayu . Pelbagai sentuhan ilmu yang dikemukakan oleh beliau dan membuka mata kami akan gahnya bahasa melayu yang kami cintai ini . Semoga ilmu-ilmu ini akan dapat membuka kotak fikiran kita tentang bahasa melayu dari pandangan seorang pendidik
Majlis Pelancaran Karnival 1 Malaysia dan Kempen Membaca
Friday, February 5, 2010
Battle Of the Dikir Barat!!!
PERTANDINGAN DIKIR BARAT PERINGKAT IPGM KAMPUS KOTA BHARU
ANJURAN JPP DAN JABATAN MATEMATIK
TEMA: 1 MALAYSIA
TEMPAT : DATARAN RAUDHAH
TARIKH : 23 FEBRUARI 2010 (SELASA)
MASA : 8.30 MLAM
PENYERTAAN ADALAH DIWAJIBKAN BAGI STIAP JABATAN
Subscribe to:
Comments (Atom)














