
Pada bulan ini keadaan di kampus kita agak hangat dengan pelbagai perkara panas.Namun tanpa kita sedari kita hampir lupa matlamat sebenar kita sebagai bakal guru di IPGM bukannya universiti.
Saluran menyampaikan suara harus berbeza konsep, pendekatan dan perlaksanaannya berdasarkan akta 174 berbanding dengan akata AUKU IPTA. Ini kerana kita adalah guru.
Kita punya spesifikasi dan keunikan yang tersendiri dan jelas.
Matlamat kita bukan berakar pada persoalan- persoalan jangka pendek sebaliknya pada dasar jangka panjang seperti perlaksanaan JERIS dalam kalangan guru tanpa mengenepikan kebajikan- kebajikan dan hak- hak mahasiswa IPGM namun harus diingat di akhirnya kelak matlamatnya harus membentuk dan menambah nilai dalam diri guru serta membentuk dan memperkukuhkan fikrah dan insani seorang guru.
Idea atau konsep ini mungkin tidak begitu disukai atau digemari oleh mahasiswa IPGM tetapi inilah yang harus kita tujui sebagai generasi bakal guru.JPP membawa saluran suara dan strategi terbaik bagi mencapai matlamat akhir ini sebagaimana dimahukan Bahagian Pendidikan Guru juga rakyat Malaysia.
Pandangan ini mungkin agak futuristik dan menekan pada profesion guru sehingga hampir tiada kebebasan untuk generasi bakal guru namun inilah hakikatnya.
Sayang sekali jika kita menolak konsep ini kerana kita belum memenuhi fikrah seorang guru dan pengorbanan sepenuhnya pada profesion keguruan.
Mungkin inilah puncanya suara mahasiswaIPGM tidak semeriah dan tidak sehebat di kampus-kampus IPTA.Apatah lagi kita di IPGM majoritinya disediakan kemudahan asrama untuk semua pelajar dan diberi elaun perbelanjaan serta elaun buku dan alat tulis.
Malahan tiada sebarang bayaran dikenakan untuk pengajian mendapat ijazah sarjana muda perguruan ini.
Inilah pelaburan rakyat yang mengharapkan pulangan yang setimpal dari kita.
Berbeza dengan IPTA di mana semua hal ini hendaklah diusahakan.Malahan pelajarnya juga dari pelbagai latar belakang pengajian.Karakteristik dalam kepimpinan di IPGM pertamanya hendaklah mengutamakan nilai- nilai kesederhanaan.
Bersederhanalah dalam semua keadaan tetapi tegas dalam soal pendidikan dan profesion keguruan.Kita tidak perlu terlalu membangkang pengurusan IPGM sebagaimana di IPTA yang lantang mengkritik.Tidak perlu juga kepada usaha- usaha penyediaan prasarana dan kemudahan yang yang terlalu mewah sebagaimana yang dituntut oleh MPP IPTA kerana kita ini dibayar elaun.
Harus diingat mahasiswa IPGM adalah peneraju di barisan hadapan pengerak agenda nasional.Agenda nasional secara umumnya adalah ke arah perpaduan, pengamatan nilai- nilai murni dan tatatusila serta kecemerlangan keilmuwan.Justeru, ke arah mencapai agenda ini, di dalam kampus ini kita sudah dididik dan mengerti konsep matlamat agenda nasional ini.Adalah sesuatu yang tidak sihat jika mahasiswa IPGM yang berjuang untuk membawa konsep perjuangan MPP IPTA ke dalam IPGM kerana ia jauh dari fikrah guru dan amat jelas menunjukkan kejauhan dari fikrah seorang guru.
Dalam kehidupan di dunia ini. Zuhud itu bukan sekadar mengabaikan duniawi semata-mata kerana ukhrawi tetapi sejauhmana kita dapat menjadikan duniawi sebagai jalan penghubung terbaik ke akhirat.Dalam kehidupan di dunia ini, bukanlah tujuan mencari yang ideal sahaja tetapi sejauh mana kita mencari rasional dan menjadikan rasional itu membentuk ideal. Itulah hakikinya.
Suatu hari jangan dicaci jangan mencemuh jangan sesekali mengeluh kenapa orang di luar menyalahkan guru tak tahu mengajar, guru tak arif, guru tak bijaksana..jawapan sudah ada kini kerana kita sendiri menjatuhkan martabat profesion keguruan atas keinginan dan kehendak kita di dalam kampus yang mahu kesamarataan dan kemewahan sebagaimana mereka mahasiswa dan masyarakat di luar kampus sehingga tidak beza dan tiada uniknya profesion keguruan ini.




0 comments:
Post a Comment