2. Lupakah dahulu kita pernah menandatangani borang perjanjian yang tertakluk kepada AKTA 174 INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN(TATATERTIB).Didalam seksyen ii Tatatertib Am mengatakan bahawa
3.Seseorang pelajar tidak boleh –
(a) berkelakuan, sama ada di dalam atau di luar kampus, secara yang boleh
merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada kepentingan, kesentosaan
atau nama baik Institusi, atau kepada kepentingan, kesentosaan atau nama baik
mana-mana pelajar, kakitangan, pegawai atau pekerja Institusi, atau kepada
ketenteraman atau keselamatan awam, atau kepada akhlak, kesopanan atau
tatatertib;
11.Tiada seseorang pelajar, dan tiada sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh –
(a) membuat atau menyebabkan dibuat atau melakukan sesuatu perbuatan untuk membuat atau menyebabkan dibuat atau
(b) mengibar, mempamer, menunjukkan atau dengan apa-apa cara
menggunakan atau menyebabkan dikibar, dipamer, ditunjukkan atau
dengan apa-apa cara digunakan; atau
(c) mempunyai atau ada dalam milik, jagaan atau kawalannya, sesuatu
bendera, panji-panji , plakad, poster, lambang atau lain-lain alat yang
boleh menggalakkan perbuatan-perbuatan melanggar tatatertib,
kekacauan, keengkaran atau pelanggaran terhadap Kaedah-kaedah ini.
Nawaitu kita dan harapan ibu bapa ke sini adalah untuk menjadi guru tetapi kerana cara untuk menyampaikan kritikan dan perasaan tidak puas hati yang salah menyebabkan kita boleh dihukum ataupun dibuang daripada institusi ini.
3. Kita perlu sedar di dalam apa jua oraganisasi, syarikat awam atau jabatan kerajaan, mesti terdapat kisah-kisah yang tidak sedap didengar atau berlaku di dalam organisasi-organisasi tersebut. Ini adalah lumrah, kerana kita perlu ingat yang mengendali dan menghidupkan sesuatu organisasi itu adalah manusia. Manusia ini sebagaimana yang kita tahu mempunyai pelbagai kerenah dan tingkahlaku dan ia adalah tidak sama antara satu sama lain. JPP percaya setiap organisasi, institutsi , syarikat atau entiti itu mesti mempunyai cerita-cerita yang tidak baik, tetapi persoalannya perlukah kita menghebahkan perkara itu kepada masyarakt umum tanpa justifikasi yang baik. .
3. JPP berpendapat, jika ada yang tidak betul atau tidak kena dengan sesuatu institusi itu, dan jika kita ini nak jadi 'good samarithan' maka kita kenalaah cari jalan yang terbaik untuk memperbetulkan keadaan itu dan bukannya kita 'berkokok ditengah laman' sahaja. Sebelum kita berkokok tu, adakah kita sudah membuat kepastian tentang kebenaran akan segala keburukkan berita yang kita ingin sebarkan ? Adakah sumber berita itu benar ? atau adakah mereka-mereka yang menjadi sumber kita itu hanya terdiri dari mereka-mereka yang mempunyai kepentingan sendiri atau niat yang tidak baik terhadap seseorang individu atau institutsi itu ? Memang mudah dan sedap untuk kita menceritakan keburukan dan kepincangan orang lain....bagaimana pula perasaan kita kalau orang menceritakan keburukan dan kepincangan kita tanpa sebarang kebenaran dan di tokok tambah pula ?
3. JPP percaya apa juga permasalahan yang berlaku di dalam IPGM , pasti berlaku juga di dalam institutsi atau oraganisasi yang lain baik PDRM,sekolah, Jabatan Pelajaran dan sebagainya. Ini adalah lumrah, tiada organisasi yang tidak mempunyai masalah yang remeh temeh...tetapi perlukah perkara ini disebarkan kepada masyarakat umum ? JPP rasa tidak ! Ibarat apa yang juga perkara yang tidak baik yang berlaku di dalam rumahtangga kita, perlukah kita ceritakan kepada orang ramai , sahabat handai atau jiran tertangga kita? Adakah perbuatan tersebut akan memulihkan keadaan ataupun permasalahan di dalam rumah tangga kita ? Bukankah tindakan itu akan hanya memburukkan lagi presepsi orang terhadap rumah tangga kita. Tindakan itu akan hanya memburukkan lagi keadaan dan ia tidak akan memberi sebarang kebaikan kepada permasalahan yang sedia ada.
4. Kepada sahabat-sahabat di IPGM, JPP menyeru agar kita hentikanlah perbuatan yang boleh menjatuhkan nama baik institutsi yang kita bangga ini. Kesetiaan kita tidak sepatutnya terhenti apabila kita berhenti apabila ada isu sementara, dan yang pentingnya kita mesti berusaha untuk menjaga nama baik dan kredibiliti IPGM .....barulah kita akan bangga untuk menceritakan kepada anak cucu kita bahawa kita adalah GURU yang dibentuk di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu .
Salurkanlah sebarang permasalahan dan perasaan tidak puas hati anda ke saluran sah seperti JPP mengikut prosedur yang betul . Jangan pula mengatakan apa JPP boleh buat sedangkan ada antara kita tidak memberi kerjasama dalam memberi dapatan suara anda.
Kami JPP adalah pelajar biasa seperti anda namun mepunyai saluran yang sah untuk menyampaikan hasrat anda.Kerjasama dari kawan-kawan amatlah diharapkan.




0 comments:
Post a Comment