I made this widget at MyFlashFetish.com.

Photobucket

Friday, October 30, 2009

Musim Peperiksaan Datang Lagi!



Sudah sampai kita ke penghujung semester,maka musim imtihan (peperiksaan) akan bermula. Sudah DEMAM EXAM belum? Barisan JPP mengucapkan selamat menjawab peperiksaan.Jadual exam boleh dimuat turun di sini

DOWNLOAD

Thursday, October 29, 2009

Antara Akta,Kata-kata dan Cita-Cita

1. Sejak kebelakangan ini banyak blog-blog yang ditulis oleh mereka-mereka yang merupakan guru pelatih yang menerbitkan banyak artikel-artikel yang seolah-olah memburuk-burukan institutsi IPGM itu sendiri. Mereka-mereka ini adalah orang-orang yang mengaku yang ingin mencari kebenaran dan cuba membenteras perkara-perkara yang tidak baik yang berlaku di dalam IPGM. Malangnya tindakan mereka-mereka ini merupakan serampang dua mata, dimana ia secara tidak langsung telah mencemarkan nama baik IPGM. Apa yang jelas tindakan ini telah membawa kesan yang negatif terhadap institutsi ini. Justeru itu JPP merasakan kepada mereka-mereka ini harus memberhentikan segera penulisan yang negatif mereka terhadap IPGM.

2. Lupakah dahulu kita pernah menandatangani borang perjanjian yang tertakluk kepada AKTA 174 INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN(TATATERTIB).Didalam seksyen ii Tatatertib Am mengatakan bahawa

3.Seseorang pelajar tidak boleh –
(a) berkelakuan, sama ada di dalam atau di luar kampus, secara yang boleh
merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada kepentingan, kesentosaan
atau nama baik Institusi, atau kepada kepentingan, kesentosaan atau nama baik
mana-mana pelajar, kakitangan, pegawai atau pekerja Institusi, atau kepada
ketenteraman atau keselamatan awam, atau kepada akhlak, kesopanan atau
tatatertib;

AYUH KEMBALI KEPADA FIKRAH MAHASISWA IPGM !!!!


Pada bulan ini keadaan di kampus kita agak hangat dengan pelbagai perkara panas.Namun tanpa kita sedari kita hampir lupa matlamat sebenar kita sebagai bakal guru di IPGM bukannya universiti.

Saluran menyampaikan suara harus berbeza konsep, pendekatan dan perlaksanaannya berdasarkan akta 174 berbanding dengan akata AUKU IPTA. Ini kerana kita adalah guru.
Kita punya spesifikasi dan keunikan yang tersendiri dan jelas.

Matlamat kita bukan berakar pada persoalan- persoalan jangka pendek sebaliknya pada dasar jangka panjang seperti perlaksanaan JERIS dalam kalangan guru tanpa mengenepikan kebajikan- kebajikan dan hak- hak mahasiswa IPGM namun harus diingat di akhirnya kelak matlamatnya harus membentuk dan menambah nilai dalam diri guru serta membentuk dan memperkukuhkan fikrah dan insani seorang guru.

Idea atau konsep ini mungkin tidak begitu disukai atau digemari oleh mahasiswa IPGM tetapi inilah yang harus kita tujui sebagai generasi bakal guru.JPP membawa saluran suara dan strategi terbaik bagi mencapai matlamat akhir ini sebagaimana dimahukan Bahagian Pendidikan Guru juga rakyat Malaysia.

Pandangan ini mungkin agak futuristik dan menekan pada profesion guru sehingga hampir tiada kebebasan untuk generasi bakal guru namun inilah hakikatnya.
Sayang sekali jika kita menolak konsep ini kerana kita belum memenuhi fikrah seorang guru dan pengorbanan sepenuhnya pada profesion keguruan.

Mungkin inilah puncanya suara mahasiswaIPGM tidak semeriah dan tidak sehebat di kampus-kampus IPTA.Apatah lagi kita di IPGM majoritinya disediakan kemudahan asrama untuk semua pelajar dan diberi elaun perbelanjaan serta elaun buku dan alat tulis.
Malahan tiada sebarang bayaran dikenakan untuk pengajian mendapat ijazah sarjana muda perguruan ini.

Inilah pelaburan rakyat yang mengharapkan pulangan yang setimpal dari kita.
Berbeza dengan IPTA di mana semua hal ini hendaklah diusahakan.Malahan pelajarnya juga dari pelbagai latar belakang pengajian.Karakteristik dalam kepimpinan di IPGM pertamanya hendaklah mengutamakan nilai- nilai kesederhanaan.

Bersederhanalah dalam semua keadaan tetapi tegas dalam soal pendidikan dan profesion keguruan.Kita tidak perlu terlalu membangkang pengurusan IPGM sebagaimana di IPTA yang lantang mengkritik.Tidak perlu juga kepada usaha- usaha penyediaan prasarana dan kemudahan yang yang terlalu mewah sebagaimana yang dituntut oleh MPP IPTA kerana kita ini dibayar elaun.

Harus diingat mahasiswa IPGM adalah peneraju di barisan hadapan pengerak agenda nasional.Agenda nasional secara umumnya adalah ke arah perpaduan, pengamatan nilai- nilai murni dan tatatusila serta kecemerlangan keilmuwan.Justeru, ke arah mencapai agenda ini, di dalam kampus ini kita sudah dididik dan mengerti konsep matlamat agenda nasional ini.Adalah sesuatu yang tidak sihat jika mahasiswa IPGM yang berjuang untuk membawa konsep perjuangan MPP IPTA ke dalam IPGM kerana ia jauh dari fikrah guru dan amat jelas menunjukkan kejauhan dari fikrah seorang guru.

Dalam kehidupan di dunia ini. Zuhud itu bukan sekadar mengabaikan duniawi semata-mata kerana ukhrawi tetapi sejauhmana kita dapat menjadikan duniawi sebagai jalan penghubung terbaik ke akhirat.Dalam kehidupan di dunia ini, bukanlah tujuan mencari yang ideal sahaja tetapi sejauh mana kita mencari rasional dan menjadikan rasional itu membentuk ideal. Itulah hakikinya.

Suatu hari jangan dicaci jangan mencemuh jangan sesekali mengeluh kenapa orang di luar menyalahkan guru tak tahu mengajar, guru tak arif, guru tak bijaksana..jawapan sudah ada kini kerana kita sendiri menjatuhkan martabat profesion keguruan atas keinginan dan kehendak kita di dalam kampus yang mahu kesamarataan dan kemewahan sebagaimana mereka mahasiswa dan masyarakat di luar kampus sehingga tidak beza dan tiada uniknya profesion keguruan ini.

Majlis DEEPARAYA BLOK D 2009



Julung kalinya kolej kediaman Saidina Umar menganjurkan sebuah majlis jamuan hari raya peringkat blok pada 23 oktober 2009.Apa yang menariknya ialah persediaan jamuan ini sepenuhnya dilakukan oleh semua penghuni blok ini sendiri secara gotong royong ,daripada penyediaan makanan,dekorasi dan persembahan semuanya disediakan oleh penghuni blok ini sendiri.Majlis dimulakan dengan perarakan menyambut VIP dengan penyertaan 10 buah motosikal bagi mengiringi kereta vip,kemudian paluan kompang mengiringi VIP ke tempat duduk. Majlis diserikan dengan ucapan,persembahan silat,dan nyanyian serta nadsyid.Tahniah kepada Blok d kerna menjayakan majlis yang tidak pernah dilakukan di blok ini.

Wednesday, October 28, 2009

JELAJAH BAHASA 2009











Bermula pada 20 hingga 23 Oktober 2009 guru pelatih PISMP BM/PJ/KS telah mengambil inisiatif untuk mengadakan program Jelajah Bahasa 2009 Gua Musang-Cameron Highlands-Parit-Ipoh yang juga merupakan koloborasi antara Dewan Bahasa Dan Pustaka Wilayah Timur bagi mendedahkan kami akan situasi sebenardi kawasan-kawasan yang berlainan dialek itu dimana kami akan menjalankan kajian,bengkel dan dapatan dengan berkomunikasi dengan penduduk-penduduk di kawasan kajian. Jelajah Bahasa ini juga merupakan program serampang dua mata dimana program akan dapat memeriahkan lagi Bulan Bahasa dan Sastera Negara . Lawatan ini diwakili oleh seramai 21 orang pelajar; 9 orang pelajar lelaki dan 12 orang pelajar perempuan beserta 2 orang pensyarah Jabatan pengajian Melayu selaku pensyarah pengiring. Lawatan yang dinamakan sebagai JELAJAH BAHASA 2009 ( Satu Bahasa Variasi Bicara) ini bertujuan untuk meningkatkan ilmu dalam diri kami mengenai dunia pendidikan khususnya Bahasa Melayu. Seiring apa yang dinyatakan sebagai teras keenam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Negara (PIPP) iatu memartabatkan profesion perguruan di mana peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan telah bertukar kepada guru sebagai pemudah cara dalam P&P, agen perubahan dan sumber inspirasi kepada pelajar.

Rumah Terbuka Pengajian Melayu









Sempena bulan syawal, Tanggal 13.10.2009 persatuan BM semseter 6 telah menganjurkan rumah terbuka pengajian melayu yang disertai hampir kesemua pelajar yang mengambil major Bahasa Melayu . Majlis diadakan di dewan Bakti dimana keadaan dewan hampir penuh dibanjiri semua pelajar major BM . Turut sama hadir ialah Mantan ketua Jabatan Pengajian Melayu serta hampir keseluruhan pensyarah Pengajian Melayu.Hidangan makanan yang lazat menjadi santapan semua pengunjung majlis ini dan diserikan lagi dengan persembahan-persembahan spontan dari pelajar sendiri.Majlis ini berjaya mengeratkan hubungan silaturahim anatara semua pelajar BM daripda PPISMP sem 1 hinggalah PISMP sem 6. Semoga Majlis seperti ini menjadi acara tahunan kerana di dalamnya tersirat seribu kebaikan ukhwah sekian.

Sunday, October 18, 2009

Pameran Outreach Kerjaya peringkat kebangsaan






Biro Pendidikan,Publisiti dan Perhubungan ataupun Biro 3P dengan kerjasama KEtua Biro kolej kediaman Saudara Azlan telah memulakan tugas pertama sebagai JPP apabila menyertai pameran outreach kerjaya peringkat kebangsaan pada 12oktober yang lalu bertempat di Perdana Beach Resort . Matlamat pameran ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar yang terdiri daripada tingkatan 4 dan 5 akan peluang belajar dan kerjaya dalam bidang perguruan.Rata-ratanya cendurung mengenali UPSI daripda IPGM seluruh Malaysi maka tugas kami adalah untuk menerangkan perbezaan yang begitu ketara antara UPSI dan IPGM .Booth kami sebagai wakil kepada BPG mendapat sambutan hangat sehingakan pamplet kami terpaksa dicetak semula. Terima kasih kepada semua yang membnatu menjayakan pameran ini terutama BIRO 3P dan saudara Azlan yang bertungkus lumus menyiapkan bahan pameran sehinggakan pukul 3 pagi baru pulang ke asrama. Semoga pengalaman kali ini dapat diterjemahkan di dlam acara-acara di Kampus sendiri. Amin

Majlis Watikah JPP 2009/2010

Pada 11 oktober 2009 merupakan tarikh keramat bagi Bakal JPP kerana berlangsungnya majlis watikah perlantikan JPP. Secara rasminya Barisan akan bergerak secara sah walaupun sebelum majlis perlantikan telah menjalankan tugas-tugas sebagai JPP.Majlis dimulai dengan perarakan masuk JPP dan majlis berjalan dengan penus istiadat yang telah dijalankan secara turun temurun. Watikah perlantikan disampaikan oleh Tuan Pengarah IPGM KKB iatu En Hashim Bin Deraman dan upacara tandatangan penerimaan tugas disaksikan oleh 2 orang Ketua Jabatan .Selesai sahaja semua JPP menerima watikah upacara ikrar telah dijalankan dan diakhiri oleh gemaan sorakan 1 suara 1 aspirasi sebagai manisfetasi perjuangan barisan JPP baru.Harapan kami agar semua warga IPGM kampus Kota Bharu dapat memberi kerjasama yang erat agar 1 SUARA 1 ASPIRASI berjaya didukung kita bersama.



Saturday, October 17, 2009

Bermulanya satu perjuangan...














Langkah demi langkah diorak gempur untuk merempuh sebuah kubu tanggapan,
perjuangan adalah satu manisfetasi kotaan kata,
bicaralah dengan apa jua bahasamu kerana kami sama ada disyairkan atau tidak
tetap menjunjung amanah kamu dan mereka......