I made this widget at MyFlashFetish.com.

Photobucket

Wednesday, March 17, 2010

Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah Sambutan Maulidur Rasul 2010



27 Februari 2010 Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan bagi Mengingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W . Bertempat di Masjid As-solihin , Majlis dimulakan dengan ceramah oleh Penceramah jemputan daripada Jabatan Agama Islam Kelantan  . Pengisian ceramah diisi dengan tuntutan sunnah Rasulullah dan akidah ummah yang mengaku sayangkan Rasul namun melanggar setiap satu peraturan agama . Ceramah ini memberi kesedaran secara realiti dan memberikan kesedaran kepada kita selaku bakal guru Islam untuk mengamalkan sunnah dan menerapkan dalam kehidupan sendiri dan anak-anak bangsa. Alunan selawat secara beramai-ramai oleh pensyarah dan pelajar diadakan setelah selesai solat zohor berjemaah dan diakhiri dengan jamuan yang disediakan sendiri oleh guru pelatih yang bertungkus lumus menyediakan juadah secara gotong-royong .

Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika perisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wa Taala. 

Adalah tidak tepat pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah bid'ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat. 

Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat. Diantara pembesar yang menganjurkan sambutan ini ialah Malik Muzhaffar Abu Sa'id penguasa Irbil, Iraq. Dan seterusnya ia terus berkembang sehinggalah sekarang.

0 comments:

Post a Comment