Sunday, March 28, 2010
Persembahan Kebudayaan Oleh Jabatan Pendidikan Khas dengan kerjasama Biro penginapan
28 March 2010 -Satu perhimpunan kesenian dan kebudayaan telah dianjurakan olej Jabatan Pendidikan Khas dengan kerjasama Biro Penginapan JPP , persembahan tersebut telah dijayakan oleh pelajar-pelajar yang bernaung di bawah Jabatan Pendidikan Khas . Persiapan persembahan ini telah giat dijalankan seminggu sebelum ia berlangsung . Antara persembahan yang ditonjolkan ialah persembahan tarian sabah dan serawak. pidato perguruan , Koir dengan mengunakan bahasa isyarat yang begitu unik dan menarik untuk ditonton . Perhimpunan ini juga digunakan untuk memberi penghargaan kepada Pensyarah senior yang telah lama berkhidmat dengan IPG kampus Kota Bharu ini dan pernah menerajui majlis penasihat JPP . Beliau yang saya maksudkan ialah Tuan Haji Yaakob , beliau akan berpindah ke IPG lain untuk meneruskan perkhidmatan sebagai pensyarah kanan . JPP mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada beliau dan semoga berjumpa lagi kelak , jasa dan budi tuan kan kami kenang selamnya .
Thursday, March 25, 2010
JELAJAH KEPEMIMPINAN JPP 2010 -UTP,BPG,UPM DAN UIA
Pada 14 hingga 16 Mac yang lalu iatu ketika cuti pertengahan semester , barisan 1 suara 1 aspirasi JPP IPG kita telah mengadakan satu Jelajah Kepemimpinan ke UTP ( Perak ) , BPG (Putrajaya) , UPM ( Serdang ) dan UIA (Gombak) . Jelajah ini bermatlamatkan untuk mendedahkan barisan JPP dengan gaya kepemimpinan MPP Universiti yang selama ini dicanangkan hebat di mata media . Setiap Universiti diberikan tajuk perbincangan yang menjurus kepada hala tuju mahasiswa di era masa kini, biarpun dipandang rendah oleh barisan MPP Universiti ketika kita menghubungi mereka untuk berdiskusi namun pandangan itu terpaksa mereka telan sendiri kerana selepas diskusi bersama-sama mereka merumuskan bahawa JPP IPG kampus Kota Bharu mempunyai aura kepemimpinan yang setaraf dengan MPP IPTA . Kadang kala kita telah membuktikan bahawa kita lebih berketrampilan daripda mereka .Sekalung Tahniah atas barisan JPP atas usaha dan pengorbanan cuti serta wang ringgit untuk mengikuti program berilmu dan gemilang ini.Maju Barisan 1Suara 1Aspirasi !!!!
Wednesday, March 17, 2010
Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah Sambutan Maulidur Rasul 2010
27 Februari 2010 Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan bagi Mengingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W . Bertempat di Masjid As-solihin , Majlis dimulakan dengan ceramah oleh Penceramah jemputan daripada Jabatan Agama Islam Kelantan . Pengisian ceramah diisi dengan tuntutan sunnah Rasulullah dan akidah ummah yang mengaku sayangkan Rasul namun melanggar setiap satu peraturan agama . Ceramah ini memberi kesedaran secara realiti dan memberikan kesedaran kepada kita selaku bakal guru Islam untuk mengamalkan sunnah dan menerapkan dalam kehidupan sendiri dan anak-anak bangsa. Alunan selawat secara beramai-ramai oleh pensyarah dan pelajar diadakan setelah selesai solat zohor berjemaah dan diakhiri dengan jamuan yang disediakan sendiri oleh guru pelatih yang bertungkus lumus menyediakan juadah secara gotong-royong .
Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika perisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wa Taala.
Adalah tidak tepat pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah bid'ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat.
Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat. Diantara pembesar yang menganjurkan sambutan ini ialah Malik Muzhaffar Abu Sa'id penguasa Irbil, Iraq. Dan seterusnya ia terus berkembang sehinggalah sekarang.
Subscribe to:
Comments (Atom)



