
Timbalan Menteri Pendidikan hari ini melabel guru-guru yang tidak effisyen sebagai guru semberono.Disebalik label tersebut, saya kira maruah guru-guru banyak tercalar disebabkan oleh kegagalan sebilangan mereka yang hanya menjalankan tugas tetapi tidak memikul tanggungjawab.
Tugas guru ialah menyampaikan ilmu dan untuk menyempurnakannya mereka dilimpahi dengan pelbagai tugasan yang melimpah ruah. Tugasan yang melimpah ruah ini dipanggil sistem. Maka jika terdapat sistem yang betul, maka tugasan ini menjadi ringan dan menyeronokkan.
Disebalik tugas itu, yang lebih penting ialah tanggungjawab. Tanggungjawab guru ialah untuk melahirkan manusia (pelajar) yang berketrampilan dari segi jasmani, emosi, rohani dan fizikal.
Membentuk sikap manusia bukanlah tugas yang mudah. Hanya mereka yang mempunyai hati yang bersih dapat memikul tanggungjawab ini. Jika tidak dapat memikulnya, maka tergolonglah mereka dalam golongan guru semberono.
Guru semberono harus diberi pilihan. samada memperbaiki diri atau meletak jawatan. Sekiranya mereka tidak membuat pilihan, maka mereka bukan sahaja merosakkan kredibiliti professyen perguruan tetapi menjahanamkan manusia.
Begitu juga dengan guru semberono, jika banyak merungut tentang tugasan yang banyak, carilah pekerjaan lain. Negara tidak mampu menanggung kerosakan disebabkan oleh golongan manusia yang hanya mementingkan diri sendiri, bekerja untuk mendapat gaji.
Jika terdapat golongan guru yang mampu memikul tanggungjawab melalui tugasan yang diberi, mengapa tidak anda? Adakah anda berbeza?(REFORMASIMINDAGURU.COM)
Mana-mana guru pelatih yang selalu ponteng kelas boleh kit panggil semberono jugak ? hehe Ayuh kawan-kawan rajinkan diri anda ke kelas untuk tahun hadapan dan ke akhir hayat kerana guru adalah tugas hakiki kita.




0 comments:
Post a Comment