I made this widget at MyFlashFetish.com.

Photobucket

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah 1431 : Pengertian Hijrah Bagi Bakal Pendidik




Assalamualaikum semua...Tanpa kita sedari tahun hijrah 1430 telah pun pergi meninggalkan kita , seharusnya kita bersama membuat check list parameter kita apakah yang tercapai dalam konteks kita sebagai seorang hamba ALLAH SWT,seorang Umat Nabi Muhamad SAW,Seorang anak , seorang pemimpin , mahupun seorang bakal guru itu sendiri. Adakah segalanya telah kita penuhi dalam tahun 1430 hijrah ? sama-samalah kita baiki apa yang kurang dan istiqamah pada yang telah baik .InsyaALLAH .

Setibanya kita di jendela tahun hijrah 1431 yang baru ini marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana masih lagi memelihara nikmat-nikmatNya yang cukup besar yakni nikmat Islam & Iman. Begitu juga dengan nikmat kesihatan & kesejahteraan yang telah dianugerahkan kepada
kita semua. Tidak lupa juga salam selamat & sejahtera ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang telah berjuang jiwa & raga untuk memastikan Islam itu sampai kepada kita

Apakah pengertian hijrah bagi kita ? sebagai seorang siswa pendidikan ? Adakah penghijrahan kita hanya meliputi sekadar hal-hal ibadah sahaja , sesungguhnya hijrah yang dianjurkan oleh ISLAM mencakupi segenap perkara secara sempurna. Kita sebagai pengejar ilmu untuk dipelajari oleh murid kita kelak seharusnya mempunyai pengertian hijrah dari segi minda pendidik , apa yang paling ketara di institut kita ialah budaya mengejar ilmu , selesai sahaja waktu kita di kuliah maka pencarian ilmu itu terhenti,kalau ada pun sekadar tangkap muat bagi menyelesaikan tugasan sahaja. Seorang pendidik itu seharusnya memegang satu prinsip pembelajaran tidak terhenti kerna itu adalah sifat wajib bagi seorang guru yang berkualiti.

Sempena tahun baru sama-samalah kita membudayakan budaya ilmu di kampus kita,semoga kehadiran kuliah sentiasa penuh, seminar atau ceramah mendapat sambutan,perpustakaan kita sesak dengan pengunjung, dan surau dipenuhi dengan jemaah . Barulah legkap hijrah kita sebagai siswa pendidikan. InsyaALLAH semoga semua ini tercapai.

SALAM MAAL HIJRAH 1431 daripada saf kepimpinan 1suara 1 aspirasi

Saturday, December 12, 2009

GURU SEMBERONO




Timbalan Menteri Pendidikan hari ini melabel guru-guru yang tidak effisyen sebagai guru semberono.Disebalik label tersebut, saya kira maruah guru-guru banyak tercalar disebabkan oleh kegagalan sebilangan mereka yang hanya menjalankan tugas tetapi tidak memikul tanggungjawab.

Tugas guru ialah menyampaikan ilmu dan untuk menyempurnakannya mereka dilimpahi dengan pelbagai tugasan yang melimpah ruah. Tugasan yang melimpah ruah ini dipanggil sistem. Maka jika terdapat sistem yang betul, maka tugasan ini menjadi ringan dan menyeronokkan.

Disebalik tugas itu, yang lebih penting ialah tanggungjawab. Tanggungjawab guru ialah untuk melahirkan manusia (pelajar) yang berketrampilan dari segi jasmani, emosi, rohani dan fizikal.

Membentuk sikap manusia bukanlah tugas yang mudah. Hanya mereka yang mempunyai hati yang bersih dapat memikul tanggungjawab ini. Jika tidak dapat memikulnya, maka tergolonglah mereka dalam golongan guru semberono.

Guru semberono harus diberi pilihan. samada memperbaiki diri atau meletak jawatan. Sekiranya mereka tidak membuat pilihan, maka mereka bukan sahaja merosakkan kredibiliti professyen perguruan tetapi menjahanamkan manusia.

Begitu juga dengan guru semberono, jika banyak merungut tentang tugasan yang banyak, carilah pekerjaan lain. Negara tidak mampu menanggung kerosakan disebabkan oleh golongan manusia yang hanya mementingkan diri sendiri, bekerja untuk mendapat gaji.

Jika terdapat golongan guru yang mampu memikul tanggungjawab melalui tugasan yang diberi, mengapa tidak anda? Adakah anda berbeza?(REFORMASIMINDAGURU.COM)

Mana-mana guru pelatih yang selalu ponteng kelas boleh kit panggil semberono jugak ? hehe Ayuh kawan-kawan rajinkan diri anda ke kelas untuk tahun hadapan dan ke akhir hayat kerana guru adalah tugas hakiki kita.

Awas Bakal Guru ! Guru Besar Boleh Pecat Anda !

AKU JANJI AKAN MENJADI GURU PENDALAMAN?





Friday, December 11, 2009

Kursus Kepimpinan Dan Pengurusan JPP 09/10

Setelah sekian lama ditangguhkan bagi memberi laluan kepada peperiksaan dan pelbagai hal lain.Alhamdulillah kursus kepemimpinan dan pengurusan JPP berjaya diadakan pada 30 November - 3 Disember di KESEDAR INN,Gua Musang,Kelantan Darul Naim.Sesungguhnya kursus ini telah memberikan pelbagai input kepimpinan dan pengurusan yang amat penting bagi JPP untuk memantapkan entiti JPP ke tahap yang boleh dibanggakan. Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada pihak pentakbiran IPGM KKB yang bertungkus lumus juga untuk melaksanakan kursus ini , tidak lupa juga penghargaan kepada pensyarah penasihat yang memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada JPP , Semoga ini akan menjadi azimat bagi JPP 09/10 terus gagah mendukung 1suara1aspirasi bagi seluruh warga IPGM terutama Rakan-rakan guru pelatih serta pihak pentakbiran. InsyaALLAH .

KESEDAR INN menjadi venue utama sepanjang 4 hari kursus berlangsung.
Tuan Pengarah yang sanggup hadir bagi merasmikan Kursus serta memberi ucapan azimat walaupun mempunyai tugasan di Tawau keesokan harinya.


Tn.Hj Yajid sebagai ketua fasilitator banyak memberi input kepimpinan dan jati diri melalui slot-slot beliau yang penuh dengan aktiviti berinformasi.

Slot Penulisan surat rasmi oleh KJ HEP Encik Abd Khabir

SLOT AKTA 174 disampaikan oleh Mantan KJ HEP Tn.Hj.Yaacob

Slot Pengacaraan majlis yang disampaikan oleh Raja pengacara IPGM kita iatu Encik Ishak

Slot Protokol dan etiket sosial yang dikendalikan oleh Hajah Faridah.


Slot pengurusan kewangan & stor di bawah kendalian Encik Yusoff dan Encik Ismail



Sesi riadah minda berkunjung ke Kampung Bertam iatu antara penempatan awal manusia di Kelantan